prestasi menteri
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diiringi Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang (tiga,kiri) menyampaikan cenderhati kepada pesara pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah 2022 di Hotel Le Meridien, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 30 MEI 2023.

PUTRAJAYA – Populariti tidak seharusnya dijadikan kayu ukur prestasi menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan Malaysia Madani.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ukuran prestasi mereka juga tidak sepatutnya hanya terhad kepada isu-isu tular atau populis dalam media sosial.

“Lebih baik jadi wira yang tidak didendang yang kurang kenyataan populis tetapi meraikan kumpulan sasaran harus diberi tumpuan dan keutamaan dalam perkhidmatan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2022 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengingatkan warga KKDW bahawa aspek keberkesanan kos sepatutnya dijadikan kayu ukur bagi menilai prestasi mereka.

Ahmad Zahid berkata, ukuran prestasi tidak seharusnya bersandarkan kepada peratusan perbelanjaan yang dikeluarkan bagi setiap program yang dilaksanakan.

“Dasar kita untuk melaksanakan semua program mesti diukur dari segi keberkesanan kos.

“Pendekatan kita kos rendah impak tinggi tetapi banyak yang kos tinggi impak rendah,” jelasnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. ZAHID oii…. Rafizi Ramli tu popular dengan formula ANWAR IBRAHIM terpopular dengan mencari Penyamun Rasuah dan Penyakau… PH dah ukur panjang pendeknya… ZAHID HAMIDI tak popular ke? PASTI TERLAJAK POPULAR.. SUMPAH KERAMAT sumpah Allah sumpah sesumpah sumpah masjid dan pelbagai PENYUMPAH…
    ZAHID ZAHID lain macam je kembang Kempis lubang hidung tu… ada HIDU jadi sampah ke? Sabar lepas PRN 6 NEGERI insyaallah ANWAR tempah KABINET baru… untuk ZAHID PASTI ANWAR bagi KUNCI LAMA sebagai cenderahati…
    goodbye Zahid Hamidi sayonara

Comments are closed.