Azalina Othman Said meninjau kerja-kerja pembinaan bangunan mahkamah di Bandar Penawar, Pengerang, Kota Tinggi, Johor.

KOTA TINGGI – Setelah tertangguh dua tahun, pembinaan bangunan mahkamah di Pengerang diteruskan dan ia dijangka siap pertengahan tahun hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11)pada 2018 itu menelan belanja sebanyak RM17 juta.

“Alhamdulillah pembinaan projek ini telah dimulakan pada 19 Mei 2022 dan dijangka siap pada 4 April 2024 iaitu kurang dari tempoh 1 tahun dari sekarang.

“Kerajaan sentiasa mengambil inisiatif untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kehakiman dan perundangan yang berkualiti kepada rakyat. Usaha ini adalah berorientasikan nilai kemanusiaan sejagat serta penetapan agar budaya kerja cemerlang menjadi amalan secara berterusan.

“Seiringan itu, penyediaan prasarana dalam bentuk fizikal dan bukan fizikal bagi keperluan badan kehakiman di negara ini menjadi keutamaan dalam agenda pembangunan negara,” katanya selepas meninjau kerja-kerja pembinaan mahkamah itu, di sini, hari ini.

Azalina berkata, mahkamah itu akan menjadi mercu tanda kedaulatan undang-undang di negara ini khususnya di daerah Pengerang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast