Datuk Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Buat pertama kali dalam sejarah, pemimpin dari DAP termasuk kesemua presiden parti komponen Kerajaan Perpaduan akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.

Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, lebih istimewa apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual hadir pada majlis pembukaan perhimpunan itu.

“Tahun ini ada kelainan, kita bertuah kerana Perhimpunan Agung UMNO 2023 turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 19 presiden parti yang bergabung dalam Kerajaan Perpaduan.

“Maka ini saat bersejarah buat PAU yang akan disertai dengan pelbagai parti yang membentuk kerajaan,” katanya pada sidang media sempena PAU 2023 di Menara Dato’ Onn, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf menafikan dakwaan bahawa Pemuda UMNO tidak menjemput rakan sayap parti lain di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Biasanya sayap masing-masing akan ikut telunjuk cabang utama. Jadi, jika UMNO sendiri yang jemput parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, maka mereka akan mengikutinya,” ujarnya.

Tambahnya, jumlah perwakilan yang akan hadir pada perhimpunan kali ini meningkat kepada 6,341 orang berikutan pindaan yang dibuat semasa PAU Khas pada Januari lalu.

PAU 2023 akan membuka tirai pada 7 hingga 10 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, PAU 2023 dibuat lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Ni PAU untuk ahli2 UMNO kaa atau Konvensyen Kerajaan Perpaduan? Nak tanya tempohari Kongres Nasional PKR ada jemput UMNO kaa? kalau nak jilat pun agak2 lah

  2. Asyraf Wajdi bangga PM hadir PAU2023? akarumbi UMNO kata ajaklah dia jadi President atau Penasihat seumur hidup UMNO. jilatlah supaya Menyuarat Agong PKR dibuat disitu. hehehehe tak nampak baiknya idea Asyraf Wajdi ni.. yang JELAS macam BODOH memang ada. akarumbi UMNO bertambah benci.
    Sayonara goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.