Semenyih
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 02 JUN 2023.

SEMENYIH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Muda Musa, di sini, hari ini.

Selepas solat Jumaat, beliau meluangkan masa beramah mesra dengan para jemaah yang tidak melepaskan kesempatan bersalam dan bergambar dengan pemimpin tertinggi negara itu.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir makan tengah hari di Warung Belado Kak Ani sebelum menunaikan solat Jumaat di Semenyih, Selangor. Foto MUHD NA’IM 02 JUN 2023.

Sebelum itu, Anwar singgah di Warung Belado Kak Ani di sini untuk makan tengah hari.

Perdana Menteri yang tiba kira-kira pukul 12.45 tengah hari disajikan dengan beraneka masakan kampung seperti ikan keli goreng berlada, bergedel dan terung sambal serta durian. – MalaysiaGazette