Bangunan Kementerian Kewangan. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan semula Program Pengakuan Sukarela (PKS) sebagai salah satu inisiatif bagi memperluaskan bilangan pembayar cukai, meningkatkan tahap pematuhan cukai dan meningkatkan hasil negara.

Ia selaras dengan pengumuman yang dibuat dalam Belanjawan 2023, kata Kementerian Kewangan.

Menurutnya, PKS memberi peluang kepada orang ramai untuk secara sukarela membayar cukai yang bertanggungan tanpa sebarang penalti atau pada kadar sifar peratus.

PKS akan dilaksanakan oleh Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mulai 6 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024.

Butiran lanjut dan terperinci mengenai pelaksanaan PKS boleh didapati melalui laman sesawang rasmi JKDM dan LHDNM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast