ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff

TEMERLOH – Seorang pemuda maut setelah motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum merempuh besi penghadang jalan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, mangsa berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi nahas dalam kemalangan jam 7.43 pagi tadi di kilometer 106.5 dari arah Barat.

“Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

“Setelah terbabas dan merempuh penghadang kiri jalan kemudiannya tercampak di tepi longkang tepi jalan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kes  dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh hubungi talian 09-2716086 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette