Gambar hiasan

JAKARTA – Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah Maluku di timur Indonesia pada pagi Ahad, tetapi tidak mencetuskan tsunami, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.

Gegaran itu berlaku pada 7.25 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa terletak di 154 kilometer (km) barat laut daerah Kepulauan Tanimbar (Maluku Tenggara Barat) dan kedalaman 153 km di bawah dasar laut, lapor Xinhua memetik agensi itu.

Gempa bumi itu tidak berpotensi mencetuskan ombak besar.- BERNAMA-XINHUA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast