Seorang daripada tiga mangsa lemas di Sungai Sepang Kechil, Sepang hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai lemas ketika cuba menyelamatkan dua kanak-kanak di Sungai Sepang Kechil, Sepang hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerusi kenyataan berkata, kejadian berlaku 2.34 petang tadi.

Jelasnya, kejadian berlaku apabila kedua-dua kanak-kanak berkenaan yang berusia tujuh dan sembilan tahun lemas ketika mandi di sungai.

Bagaimanapun, seorang daripada kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia sebaik sahaja berjaya diselamatkan.

“Manakala mangsa lelaki masih lagi belum dijumpai,” kata kenyataan.

Mangsa kanak-kanak masing-masing bernama Asya Tasnim dan Aris Noraini manakala lelaki yang masih hilang itunadalah Mohd Faizal.

Sehingga kini bomba masih giat menjalankan pencarian di kawasan sungai.- MalaysiaGazette