Muhammad Sanusi berucap pada Ceramah Himpunan Jentera Pilihan Raya PN Pulau Pinang di Kubang Semang malam tadi.

BUKIT MERTAJAM – Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor secara menyeloroh menyindir Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar tidak tahu memandu kereta.

Sindiran itu dibuat beliau ketika berucap pada ceramah Himpunan Jentera Pilihan Raya PN Pulau Pinang di Kubang Semang di sini malam tadi.

“Dia (Mahfuz) tak boleh bawa (pandu) kereta, selama ini kami tak beritahu kepada sesiapa tapi motosikal atau gerek (basikal) saya tak tahu (sama ada boleh ditunggangi atau tidak).

Muhammad Sanusi.

“Tapi itulah disiplin parti (Pas) yang mana orang muda buat apa yang diarahkan pemimpin dan ini bukan satu kelemahan atau kekurangan yang ditutup berpuluh tahun.

“Saya juga ingin tegaskan bahawa kita bukan onak dalam belukar macam PH,” katanya.

Menurut Muhammad Sanusi, hampir setiap hari Mahfuz membuat hantaran mengenainya namun tiada satu pun yang dibalasnya.

“Hari-hari dia buat TikTok hentam saya dan saya tak pernah kata apa kat (kepada) dia sebab saya beritahu benda betul iaitu dia tak boleh pandu kereta.

“Bukan saja itu, saya pernah jadi tukang tulis kenyataan media serta isi perbahasan beliau di Parlimen tapi bila diberi jawatan Timbalan Menteri Sumber Manusi karektornya turut berubah.

“Ketika berjawatan salam pun hanya di hujung jari,” katanya. – MalaysiaGazette