Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.- Foto AFFAN FAUZI, 19 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Yang di-Ppertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul merafak sembah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas pengurniaan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Menurut Johari, beliau menjunjung setinggi-tinggi kasih atas pengurniaan darjah kebesaran ini.

“Semoga pengurniaan ini akan terus menjadi penyuntik semangat buat patik untuk berkhidmat sebaiknya kepada agama, rakyat dan negara. Daulat Tuanku,” katanya, hari ini.

Johari mendahului penerima dengan dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Ahli politik lain yang turut dikurniakan darjah kebesaran sama bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Anifah Aman dan veteran politik, Lim Kit Siang. – MalaysiaGazette