Khairy Jamaluddin Abu Bakar

DAMANSARA – Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan senarai 10 ‘warlord’ UMNO yang akan menyertai gabungan itu sebelum pilihan raya negeri (PRN).

“(Senarai nama) akan umum sebelum PRN,” katanya di ibu pejabat Perikatan Nasional (PN),” kata Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Senator Datuk Razali Idris.

Menurutnya, antara yang akan menyertai gabungan itu adalah pemimpin yang disisihkan UMNO.

“Ada (selain Khairy dan Noh Omar), kira orang yang ada nama, yang  disisihkn oleh UMNO, secara sukarela mahu sertai salah satu parti samada Pas mahupun parti dalam PN,” katanya ketika ditanya nama lain, selain Khairy Jamaluddin dan Noh Omar yang disebut-sebut akan menyertai Bersatu.

Dalam pada itu, Razali berkata, setakat ini belum ada sebarang perkembangan tentang pertemuan Khairy dan Tan Sri Muhyiddin Yassin  tentang tawaran sebagai MPT Bersatu.

Jelas beliau, MPT mengambil sikap terbuka berhubung pelawaan Muhyiddin terhadap bekas Ahli Parlimen Rembau itu.

“Tawaran kepada KJ (Khairy) bukan perkara baharu. Dalam kalangan MPT kita terbuka, tak nampak ada yang membangkang. Kebanyakannya setuju sebulat suara,” ujar beliau.

Dua minggu lalu, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan lapan bekas pimpinan UMNO disahkan menyertai PN.

Sebelum ini, bekas pemimpin UMNO seperti bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar serta Khairy diuar-uarkan akan menyertai PN. – MalaysiaGazette