Muhammad Sanusi Md. Nor

KUALA LUMPUR – Tidak banyak berlaku pertindihan kerusi Dewan Undangan Negeri yang dalam Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kata Datuk Seri Muhamamd Sanusi Md Nor.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, mesyuarat pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk gabungan itu telah selesai dengan jayanya.

“Mesyuarat sekejap sahaja, dalam jam 1 petang sudah selesai. Tidak banyak kerusi yang bertindih (antara parti dalam PN).

“Selesai dengan cepat,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Sanusi bagaimanapun tidak memperincikan jumlah kerusi yang bertindih antara parti-parti dalam gabungan tersebut.

Untuk rekod, pagi tadi berlangsung mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Kerusi PN untukĀ  enam negeri yang dipengerusikan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam pada itu, jurucakap rasmi PN berkata, sebarang keputusan yang dicapai dalam mesyuarat pagi tadi perlu dibawa ke meja rundingan Majlis Presiden PN.

“(Mesyuarat) berjalan lancar tapi perlu dimuktamadkan ke Majlis Presiden sebab belum ada tarikh,” katanya kepada MalaysiaGazette di perkarangan ibu pejabat gabungan itu, malam tadi.

Sanusi semalam berkata pembahagian kerusi dalam kalangan gabungan PN akan dimuktamadkan, hari ini bagi menghadapi enam PRN. – MalaysiaGazette