KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal tindakan segelintir pihak terutama pembangkang yang mendakwa kerajaan telah mengurangkan pemberian subsidi kepada semua lapisan masyarakat.
Beliau menegaskan, pengurangan subsidi hanya untuk golongan maha kaya dan bukannnya dikenakan kepada keseluruhan rakyat.
“Saya kurang faham di mananya yang kurang. Yang kurang itu hanya untuk orang kaya…kita kurangkan subsidi elektrik tidak untuk rakyat, untuk yang maha kaya.
“Rumah besar yang kaya sahaja untuk T20 bukan majoriti rakyat..90 peratus rakyat itu tidak terkesan kerana tidak dinaikkan kadar elekterik, malah kadar elektrik untuk SME indutsri makanan tidak dinaikkan…jadi kita nak jadi jaguh siapa ini,” katanya di Dewan Rakyat, hari in.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Radzi jidin (PN-Putrajaya) mengenai pendekatan pengurangan pemberian subsidi yang dilihat membebankan rakyat.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pengurangan subsidi juga tidak melibatkan subsidi bagi mengerjakan ibadah haji kerana hanya mereka dalam golongan T20 sahaja yang dikenakan terhadanya.
“Kamu dah kaya (T20) takkan Tabung Haji nak subsidies (beri subsidi) untuk pergi ke Mekah…dan ini memang ada juga rungutan tapi saya tegas dalam hal itu.
“Kita mesti kurangkan, tidak bagi rakyat…ini sahaja yang kita kurangkan tidak pun subsidi lain, yang dihebahkan kurang subsidi, kurang subsidi, mana?” ujarnya.
Justeru, Anwar mempersoalkan adakah tindakan mengurangkan subsidi kepada golongan maha kaya tidak dibenarkan.
Katanya, pengurangan subsidi itu diambil daripada orang kaya agar tidak membebankan golongan miskin.
Bagaimanaoun katanya, pengurangan itu hanya minimum dan bukannnya terlalu tinggi. – MalaysiaGazette
















