KUALA LUMPUR – Rundingan kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Kedah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) disifatkan gambaran sebenar konsep perpaduan.
Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ini kerana rundingan kedua-dua parti berjalan dengan baik.
Beliau bagaimanapun mengingatkan pihak yang berunding agar tidak mempunyai niat yang tersembunyi seperti yang berlaku antara BN dengan ‘sebuah parti’ sebelum ini.
“Rundingan dengan sebuah parti sebelum ini pernah gagal kerana pihak yang berunding dengan UMNO itu terlalu sarat dengan agenda jahat, muslihat licik dan ingin memusnahkan UMNO dalam diam.
“Adalah penting untuk kita ambil kira ialah impresi yang ditonjolkan terhadap agenda besar Kerajaan Perpaduan melalui pembahagian kerusi, dan pembahagian perlulah jelas memberi imej ikhlas dan adil,” kata Shaiful.
Menurut beliau, selepas kata sepakat yang bakal dimuktamadkan nanti BN dan PH Kedah telah selanjutnya akan mengerakkan jentera menghadapi PRN tidak lama lagi.
Shaiful menambah, adalah penting jentera antara parti bekerjasama bagi memastikan kelancaran gerak kerja.
Kedua-dua pihak perlu mengetepikan soal remeh temeh dan fokus diberikan terhadap usaha untuk menukar kerajaan negeri.
“Pada PRN kali ini, rakyat berpeluang untuk memilih sebuah kerajaan negeri yang selari dengan kerajaan pusat yang mampu untuk membawa pembangunan dan pelaburan balik ke negeri Kedah.
“Pada hemat saya, apalah gunanya jika Kedah hanya mempunyai kerajaan negeri yang hanya bijak ‘sembang deraih’ dan bersikap samseng suka ‘cari gaduh’ sedangkan banyak masalah rakyat tidak dapat diselesaikan secara tuntas,” kata beliau.
Tambah beliau, kerajaan negeri pimpinan Pas hanya mampu meneruskan dasar usaha yang digagaskan kerajaan sebelum ini dengan tindakan penjenamaan semula dan ambil kredit bukan idea asal Perikatan Nasional.
Shaiful yakin, berdasarkan jalinan perpaduan erat, keikhlasan, kesefahaman, usaha nekad, keharmonian kepimpinan serta akar umbi rakyat Kedah akan menyedari kesungguhan
memastikan negeri Kedah diterajui Kerajaan Perpaduan.-MalaysiaGazette

















UMNO KEDAH ni masih berpenyakit walau Allah telah memberi PELUANG kedua. FAKTA tak tahu SEJARAH pun tak TAHU. Kebaikan tak kenal KEBATILAN pun tak kenal. akarumbi TELAH TAHU HANYA ORANG DALAM yang akan MENGHANCUR HAYAT UMNO.
Orang itu adalah CIKGU dan MURIDNYA bersama MKT BEBAL PIANG. SAYONARA GOODBYE ZAHID HAMIDI after PRN 6 NEGERI