Mayat yang ditemui terapung di Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur, hari ini. - JBPM KL

KUALA LUMPUR – Dua mayat, masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita ditemui terapung di Tasik Metropolitan Kepong, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian tersebut pada pukul 10.21 pagi tadi.

“Mangsa wanita tempatan berusia 30 tahun ditemui terapung manakala mangsa lelaki tempatan berusia 72 tahun ditemui tenggelam di dalam tasik sebelum berjaya dibawa naik ke darat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, seramai 14 anggota bersama tiga jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan itu.

Tambahnya, kesemua mayat yang ditemui diserahkan kepada pihak polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast