KUALA LUMPUR – Gempa bumi lemah bermagnitud 2.6 telah berlaku di Semporna, Sabah pada pukul 7.39 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan ini.
Pusat gempa bumi tersebut terletak 4.5° Utara dan 118.7° Timur dengan kedalaman 3 kilometer.
Gegaran dirasai di sekitar Semporna, Sabah. – MalaysiaGazette