Muhammad Sanusi Md Nor

KUALA LUMPUR – Bukit Aman telah selesai merakam percakapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya berkaitan Pulau Pinang milik Kedah di pejabatnya di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah hari ini.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, r
rakaman itu dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

“PDRM kini dalam tindakan melengkapkan kertas siasatan sebelum merujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat,” katanya. – MalaysiaGazette

Keterangan Sanusi akan dirakam esok