Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib bercakap kepada media pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 08 JUN 2023.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah terlepas daripada menghadiri dan mengambil bahagian dalam Perhimpunan Agung UMNO sejak hampir 50 tahun lepas.

Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib berkata, bukan sahaja penyokong bahkan beliau sekeluarga merasakan ia sebagai satu kehilangan yang besar dengan ketiadaa Najiob kali ini.

“Saya secara peribadi rasa kehilangan tersebut, kelibat beliau selalu ada sejak 1976, beliau tidak pernah terlepas satu pun PAU sejak tahun 1970-an, jadi mengenangkan tahun pertama dalam hampir 50 tahun beliau tak ada.

“Ini satu kehilangan yang besar dan kesedihan terbesar, walaupun kami melatih untuk tidak menunjukkan emosi, tapi kehilangan itu tetap dirasai terutama sekali dalam kalangan keluarga,” katanya kepada pemberita, di Laman Media Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu, bekas Presiden UMNO itu menerima Anugerah Tokoh Pemuda sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2023.

Anugerah tersebut bertujuan menghargai jasa dan sumbangan Najib yang membantu meningkatkan semula sokongan rakyat terhadap UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). – MalaysiaGazette