Timbalan Pengerusi UMNO Johor yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bercakap kepada media selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 08 JUN 2023.

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 esok.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Anwar akan tiba di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) kira-kira jam 8.30 pagi.

“Saya dimaklumkan bahawa Perdana Menteri akan hadir esok, kami akan bermula esok pukul 8 pagi.

“Saya kira Perdana Menteri akan tiba lebih kurang 8.30 pagi agaknya,” katanya selepas menghadiri mesyuarat khas MKT UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini, malam ini.

Bagai sirih pulang ke gagang, pada 7 Februari lalu, Anwar menjejakkan ke Ibu Pejabat UMNO selepas hampir 25 tahun, sejak dipecat parti pada September 1998.

PAU 2023 yang bermula Rabu 7 Mei lalu, dengan pendaftaran perwakilan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO membabitkan 191 bahagian dari seluruh negara.

Perhimpunan yang berlangsung sehingga Sabtu ini menyaksikan kehadiran 6,341 perwakilan sayap. – MalaysiaGazette