Pasukan paramedik tiba memberi bantuan kecemasan kepada kanak-kanak yang ditikal di Annecy Park. foto Knights Templar International

PARIS – Empat kanak-kanak yang ditikam di sebuah taman di Annecy di tenggara Perancis kini dalam keadaan stabil.

Mangsa-mangsa yang ditikam berusia antara 22 bulan hingga tiga tahun itu sedang dirawat di hospital.

Lelaki yang melakukan serangan itu telah ditahan.

Selain kanak-kanak tersebut, dua orang dewasa turut cedera, dengan seorang dalam keadaan kritikal.

Polis telah mengesahkan bahawa suspek adalah warga Syria berusia 31 tahun, yang mempunyai status pelarian di Sweden.

Rakaman video serangan itu tular di media sosial merakamkan suasana kanak-kanak berlari-lari dan ibu bapa serta pengasuh berada bersama mereka.

Kemudian seorang lelaki datang dan sejurus itu terdengar jeritan.

Suspek jelas memasuki premis itu untuk menyerang kanak-kanak apabila mensasarkan mangsa di kerusi tolak.

Perdana Menteri Perancis, Elisabeth Borne berkata, penyerang itu tiada rekod jenayah atau psikiatri.

Polis berkata, suspek yang mempunyai status pelarian di Sweden datang ke Perancis baru-baru ini, meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia tiga tahun.

Permohonan suspek untuk mendapat suaka di Perancis  tahun lalu gagal. – Agensi