OTTAWA – Terdapat 10 kebakaran hutan baharu di Kanada pada hari Jumaat, menjadikan jumlah kebakaran hutan di negara itu setakat tahun ini kepada 2,405, kata Pusat Bomba Hutan.
Terdapat 422 kebakaran hutan aktif setakat hari Jumaat, turun daripada 431 pada hari Khamis.
Jumlah kebakaran hutan di luar kawalan turun kepada 219 pada hari Jumaat daripada 234 pada Khamis, kata pusat itu menerusi laman webnya.
Pada hari Jumaat, terdapat 89 kebakaran hutan cuba dipadam dan 114 terkawal.
Kebakaran hutan setakat ini telah memusnahkan kira-kira 45,000 kilometer persegi tanah di Kanada, menjadikan 2023 sebagai salah satu tahun paling teruk untuk kebakaran hutan dalam rekod negara ini.
Di Alberta, cuaca yang tidak menentu dengan cuaca berangin panas dan kering merentasi utara menyebabkan kebakaran hutan dijangka terus berlaku.
Manakala di Ontario, dua kebakaran yang lebih besar dilaporkan berlaku.
Lebih banyak kebakaran sedia ada dan baharu dijangka berlaku. – Agensi