isu 3R kerajaan tebuk atap
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Risalah mengutuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kemungkinan dilakukan orang dalam parti, kata Datuk Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu menyifatkan risalah itu adalah tuduhan berat kepada Ahmad Zahid yang didakwa tidak membela Datuk Seri Najib Razak.

“Ini percubaan untuk pecah-belahkan UMNO. Ini kerja orang dalam yang bergabung dengan orang luar. Tidak hairan segelintir kluster gantung dan pecat UMNO terlibat.

“Tetapi mereka terkedu bila Zahid bangkitkan isu pembelaan Najib dalam ucapan dasarnya. Bahkan video ucapan (Datuk) Mohd Nizar Najib ditayangkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Risalah yang diletakkan di cermin kereta hadirin yang hadir di PAU2023.
Risalah yang diletakkan di cermin kereta hadirin yang hadir di PAU2023.

Semalam kelihatan risalah berkenaan dilekatkan di cermin depan kereta semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU2023).

Risalah itu tertera ‘Bossku makin tidak mendapat keadilah.

“Apa guna UMNO berkuasa dan Ds Zahid jadi TPM. Jika keadilan masih tidak ditegakkan di bumu Malaysia, #bebasNajib,” tulis risalah berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. ada video ditayangkan oleh ZAHID HAMIDI semasa berucap? ZAHID rancang ZAHID sedia ZAHID cetak ZAHID tampal ZAHID TAYANG VIDEO…. ini lengkap sempurna diatur. akarumbi UMNO CERDIK amat faham “metos” operasi ini disediakan ZAHID HAMIDI. Lokman Adam jangan jadi BODOH pula berfikir… kau bersama belakang tabir tu… episode untold ideas hehehehe Sayonara goodbye Zahid Hamidi tak LAMA DAH

Comments are closed.