Petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melakukan cerapan anak bulan syawal menggunakan teleskop bagi menetapkan sambutan hari raya aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 01 MEI 2022.

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha ditetapkan pada petang Ahad, 18 Jun 2023 Masehi bersamaan 29 Zulkaedah 1444 Hijriah.

Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Zulhijah pada petang hari tersebut di Pontian Kecil, Johor 2.2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor.

Selain itu, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda,  Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah.

Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang Setiu, Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan.

Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching, . Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata, Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah (Hari Raya Aidiladha) yang ditetapkan melalui Radio dan Televisyen. – MalaysiaGazette