ASTANA – Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala 11 lagi masih hilang selepas hutan di wilayah Abai, Kazakhstan terbakar pada Khamis, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Lebih 800 orang terlibat dalam usaha memadam kebakaran, mencari dan menyelamat.

Sekitar 700 penduduk telah dipindahkan dan ditempatkan di pusat perlindungan sementara.

Meskipun berdepan cabaran banyak kawasan hutan yang terbakar dan angin kencang, situasi dapat dikawal dengan baik, kata Nurbolat Derbisov, pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Pemadam Kebakaran di Kementerian Keadaan Darurat Kazakhstan.

Kebakaran terbabit dipercayai berpunca akibat panahan kilat.- BERNAMA-XINHUA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast