Poster yang didakwa palsu membabitkan bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin.Ihsan Facebook Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan beliau terlibat  dalam mana-mana skim pelaburan saham.

Menurut Khairy, beliau tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak berkaitan pelaburan itu.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata demikian selepas gambarnya digunakan dalam sebuah iklan pelaburan saham yang tular di media sosial.

“Pihak saya tidak pernah berhubung atau berurusan dengan sebarang syarikat pelaburan saham,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Khairy berkata, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung iklan palsu berkenaan. – MalaysiaGazette