SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat ukuran dan penilaian prestasi kerja pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri berdasarkan komitmen kepada rakyat.
Katanya, kaedah itu penting kerana beliau mahu mengangkat martabat dan darjat sesebuah negeri dan negara yang dipimpin Kerajaan Perpaduan.
“Alhamdulillah, (Datuk Seri) Amirudin (Shari) telah menunjukkan kesungguhan bekerja dan mencapai prestasi yang baik walaupun saya sebagai ‘abang’ sentiasa memberi teguran dan tidak pernah puas hati.
“Kalau setakat kita berpuas hati iaitu kita senang dan selesa serta terima sahaja laporan yang lunak dan baik, ini tidak akan terangkat darjat kita untuk menjadikan sesebuah negeri itu negeri yang baik.
“Sebab itu tugas kita sama ada sebagai menteri besar, anggota exco mahu pun ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) terus membawa perubahan kerana perubahan itu menuntut langkah baharu, idea baharu dan pendekatan baharu,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Penjawat Awam Negeri Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.
Anwar berkata, beliau menginginkan perubahan yang cemerlang atau lebih tepat dengan semangat hadis Rasulullah SAW iaitu cemerlang dalam amal.
Katanya, umat Islam tidak terkenal sebagai orang yang senang, selesa dan pertahankan apa yang ada sebaliknya bersyukur dengan bekerja sebaik mungkin.
“Kerana kadang-kadang apabila kita ada kuasa dan kita lihat pengalaman serta sejarah dalam negara kita, apabila dah pegang tampuk kekuasaan, kita dah rasa selesa.
“Kita ada keinginan untuk membawa perubahan tetapi di sebalik itu, kita juga ada keengganan dan kegusaran melakukan apa-apa perubahan kerana sudah selesa dan enak untuk diri, keluarga atau kroni.
“Kadang-kadang juga golongan elit ini paling sukar membawa perubahan, mereka selesa dengan pendapatan puluh ribu dan ‘hasil tambahan’ juta ringgit. Jadi, mereka nak ubah apa lagi?” soalnya.
Katanya, ini berbeza dengan orang desa atau kampung yang mana mereka belajar, ada keikhlasan, ada elemen kesedaran dan akan membawa perubahan kerana agama, budaya dan negara.
Namun, kadang-kadang mereka menghadapi tekanan dan bantahan daripada golongan elit.
Beliau melahirkan rasa syukur kerana Malaysia kini berada di landasan yang baik dengan penjawat awam sentiasa memberi kerjasama untuk memastikan negara berada dalam aman. – MalaysiaGazette
HEBATNYA KERAAAN MUNAFIK ANWAR MADANI dan ZAHID HAMIDI MUNAFIK…HILANG KEMALUAN bila LKS JUARA RASIS SENTIMEN AGAMA DIANGKAT….APA JASA LKS DAN DAPIGS PADA NEGARA????
UMNONGOK terus MENIKUS DAN HILANG ARAH…..RUJUK 10 SEBAB umno TOLAK DAPIGS…MANTAN KETUA PEMUDA ASRAF WAJDI
KP Umno sekarang tunjuk hero keling minta DAPIG mohon ampun dan maaf
JANGAN LUPA 13 MEI ANGKARA DAPIG bersama LKS…..meLAYU MUDAH LUPA
Ternyata, sama sahaja taraf seorang ulama yang bermati-matian atas nama Islam, dengan seorang berfahaman chauvinis dan tidak menerima Malaysia sebagai negara Islam di mata Malaysia Madani ini.