Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu hadir pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 04 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR – Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan memaklumkan bahawa Facebook rasmi Datuk Seri Mohamad Sabu telah digodam.

Menurut satu kenyataan, Facebook dengan nama ‘Mohamad Sabu’ didapati digodam pihak tidak bertanggungjawab pada jam 4 petang tadi.

“Laman Facebook rasmi milik Datuk Seri Mohamad Sabu telah digodam, dan tidak dapat diakses oleh kesemua pentadbir akaun.

“Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan kini sedang berusaha mendapatkan kembali akses ke akaun Facebook tersebut,” katanya, hari ini.

Pejabat Mohamad Sabu turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai status yang dimuatnaik dalam Facebook berkenaan.

“Justeru itu sebarang status atau kenyataan yang dimuat naik di laman tersebut selepas siaran ini dikeluarkan adalah bukan daripada Datuk Seri atau pentadbir yang sah,” kata kenyataan itu.

Entri terakhir yang dimuatnaik dalam laman Facebook Mohamad Sabu adalah lawatan kerja beliau ke Bachok, Kelantan.

Tahun lalu, akaun Telegram milik bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ia berlaku beberapa jam selepas perkara sama berlaku terhadap akaun Telegram peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast