Noraini Nordin

KUALA LUMPUR – Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menempatkan jenteranya di enam negeri sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengarah Komunikasinya, Noraini Nordin berkata, semua jentera itu telah selesai mengikuti kursus dan latihan masing-masing serta mempunyai pengalaman dalam membantu parti untuk mencapai kemenangan.

“Kita telah bersiap siaga mengumpulkan kekuatan jentera untuk menghadapi PRN di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

“Semua jentera wanita ini antara yang terlatih dan akan ditempatkan di kawasan- sasaran mengikut kepakaran serta pengalaman masing-masing,” katanya di Petaling Jaya, semalam.

Beliau berkata, jentera pilihan raya itu telah diberi latihan khas melalui siri kursus yang diadakan di seluruh negara terutama di enam negeri yang akan berlangsung PRN.

Ujarnya, kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan jentera Wanita PKR ini pada hari pelancarannya Isnin minggu lalu.

Pelancaran jentera Wanita PKR diadakan di Seberang Prai, Pulau Pinang pada 5 Jun lalu disusuli di Sungai Petani, Kedah dan Tanjung Karang, Selangor pada 9 Jun.

Pelancaran jentera di Negeri Sembilan pula akan diadakan pada 18 Jun ini diikuti di Kelantan dan Terengganu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast