Antara rampasan ikan daripada dua bot nelayan yang dikendalikan warga Indonesia di perairan Pulau Kendi, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Dua bot nelayan Indonesia bersama 500 kilogram (kg) hasil laut ditahan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang di Pulau Kendi, di sini.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, dua bot tersebut ditahan dalam serbuan berasingan pada Ahad dan Isnin lalu ketika KM Burau melakukan rondaan di bawah Op Pertiwi.

“Tangkapan pertama jam 10.13 pagi dilakukan ke atas bot yang dikendalikan empat kru termasuk tekong Indonesia didapati masing-masing sedang leka melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan tersebut.

Dua bot tersebut dikendalikan nelayan Indonesia.

“Turut dirampas hasil perikanan iaitu 400 kg ikan pelbagai jenis.

“Manakala tangkapan kedua dilakukan jam 10.30 malam semalam yang membawa kepada tangkapan empat kru serta rampasan 100 kg ikan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambah Abd Razak, kesemua lapan kru Indonesia berusia lingkungan 13 hingga 20 tahun itu turut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan dan bot dikendalikan nelayan berkenaan turut di sita.

Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 15 (1)(A) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di dalam perairan perikanan Malaysia tanpa permit yang sah dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu memasuki Malaysia tanpa memiliki pas yang sah,” jelas beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast