Gambar hiasan
SEREMBAN – Akar umbi MCA Negeri Sembilan mungkin akan “beremosi” jika tidak diberi peluang untuk bertanding dalam pilihan raya negeri yang akan dijalankan.

Ketua MCA negeri, Siow Koi Voon berkata, beliau tidak memberi jaminan bahawa ahli parti tidak akan “beremosi” dan melakukan perkara-perkara yang tidak memanfaatkan Kerajaan Perpaduan sekiranya keadaan itu berlaku.

“Sebagai pemimpin, saya akan bertanggungjawab atas kelakuan dan percakapan sendiri yakni tidak akan mengetuai usaha buat kacau, malahan saya berjanji akan membantu dalam kempen.

“Walau bagaimanapun, saya tidak dapat memberi jaminan bahawa akar umbi tidak akan beremosi. Hakikatnya, banyak perkara adalah di luar kawalan kami,” katanya seperti dipetik Sinchew Daily.

Koi Voon berkata, akar umbi malahan pemimpin negeri dipercayai akan berfikiran negatif jika MCA Negeri Sembilan tidak mendapat sebarang kerusi untuk bertanding.

“Adalah menjadi tanggungjawab parti politik untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Jika peluang bertanding pun dinafikan, baik kita buat persatuan suku, persatuan alam sekitar atau pertubuhan bukan kerajaan,” katanya.

Katanya, tanggapan bahawa MCA akan kalah adalah tidak tepat kerana persekitaran politik sudah berubah.

“Persaingan MCA bukan lagi roket tetapi Perikatan Nasional,” katanya.

Menurutnya lagi, wakil BN harus mempunyai di sekurang-kurangnya satu kerusi negeri di setiap kawasan Parlimen di Negeri Sembilan.

Katanya, sekiranya masing-masing PH dan BN mempunyai hasil agihan yang seimbang, seperti masing-masing 18 kerusi, maka mereka juga akan lebih bersemangat untuk menghadapi pilihan raya negeri. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. MCA NEGERI SEMBILAN tak buat kajian CINA TUA SUDAH LUPA. Sumber DAP dan PKR pernah suruh MCA tutup KEDAI.. lama dulu. MCA perlu tahu jika hanya DAP bertanding maka itu adalah SATU DNA dan SATU INSPIRASI BARU ethnic CINA. MCA perlu berkerja lebih yakin untuk memenangkan DAP. kemenangan tersebut merupakan hasrat SYARAT KERAJAAN PERSEKUTUAN menunjukkan DAP hanya untuk BERKHIDMAT bukan gelaran MENTERI ATAU TIMBALAN…. menjadi lesen matlamat perkhidmatan. ZAHID HAMIDI tidak mahu jadi TPM tetapi “dipaksa” menerima secara KESAL. hanya menjaga MUKA PMX ZAHID BERLAKON menerima secara IKHLAS.
    percaya atau tidak akarumbi akan MEMAKSA ZAHID “Putih Tapak Kaki” selepas PRN 6 NEGERI ni.
    Sayonara goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.