KUANTAN – Sebanyak RM1.827 juta diperuntukkan bagi Bantuan Prihatin Pahang (BPP) untuk Kluster Orang Kurang Upaya (OKU) pada tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, seramai 36,548 orang orang dijangka mendapat manfaat daripada peruntukan tersebut
”Mereka tergolong daripa daripada kategori Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) dan Pelajar Pendidikan Khas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, kaedah bayaran bantuan bagi PPDK dan Pelajar Pendidikan Khas akan diagihkan secara tunai, manakala BTB dan EPOKU akan diagihkan secara ‘online transfer’ (EFT).
ARTIKEL BERKAITAN
Pengagihan BPP pelajar tingkatan 5, 6 dilakukan sejak Mac lalu
”Saya berharap menerusi bantuan ini, ia akan dapat menampung perbelanjaan penerima, insyaAllah,” ujarnya. – MalaysiaGazette