Datuk Seri Ir. Mohd Soffi  Abd. Razak

KUANTAN – Bantuan Prihatin Pahang (BPP) yang sepatutnya diagihkan kepada 3,403 pelajar tingkat 5 dan 6 telah diagihkan semula sejak Mac lalu.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Ir. Mohd Soffi Abd. Razak berkata, penangguhan BPP disebabkan pelaksanaan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

“Penyampaian di daerah Temerloh ditangguhkan berkutan kekangan kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah terlibat dengan tugasan Pilihanraya ke-15 dan juga pelajar tingkatan 5 ketika itu sedang menjalani peperiksaan percubaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan, Hassanuddin Salim pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15, di sini, hari ini.

Menurut Mohd Soffi, seramal 3,403 pelajar yang melibatkan peruntukan sebanyak RM340,300 masih belum menerima bantuan tersebut dan baki penerima akan dibuat dengan kadar segera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast