Bekas pegawai khas mantan perdana menteri dirakam keterangan berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada pendakwah selebriti

SHAH ALAM – Tiga individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan perlombongan haram serta pengubahan wang haram bernilai nilai kira-kira RM1.8 juta di daerah Raub, Pahang diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Kesemua suspek lelaki warga tempatan yang berusia lingkungan antara 40 hingga 60-an termasuk pengusaha lombong serta penjawat awam ditahan pada pada jam 6.30 petang di Bentong, Pahang.

Sumber berkata, modus operandi yang digunakan sindiket itu adalah melakukan kegiatan melombong di luar kawasan perlombongan yang telah ditetapkan atau dibenarkan kepada syarikat mereka.

“Mereka didapati melakukan kegiatan perlombongan pada lewat petang hingga ke malam agar aktiviti haram mereka tidak dapat dikesan oleh pihak penguatkuasa serta cuba menyogok pihak terlibat sekiranya kegiatan tersebut diketahui.

“Selain menahan tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut, SPRM turut berjaya menyita sebanyak enam buah jentera pengaut dan ‘dumper truck’ yang dipercayai digunakan untuk kegiatan haram itu,” katanya, hari ini.

Tambah sumber itu, suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan itu sejak tiga tahun lalu dan pernah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa namun mengulangi perbuatan menyalahi undang-undang tersebut.

Sumber memaklumkan, difahamkan akibat kegiatan perlombongan haram itu, kerajaan negeri Pahang telah mengalami kerugian sebanyak RM4.7 juta.

Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan tangkapan tersebut ketika dihubungi hari ini.

Tegasnya, SPRM telah melakukan pemantauan di kawasan tersebut sejak tiga minggu lalu sebelum melancarkan operasi serbuan dan tangkapan semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast