gelaran Mohamad
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan memaklumkan menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu dimasukkan ke Hospital Putrajaya, siang tadi.

Dalam satu kenyataan, pejabat Mohamad berkata beliau dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan berhubung  appendicitis.

“Beliau dijadualkan akan menjalani pembedahan appendicitis pada malam ini atas nasihat pakar perubatan,” kata pejabat beliau.

Bagaimanapun, Mohamad kini berada dalam keadaan stabil dengan pemantauan rapi hospital.

“Atas nasihat pihak hospital, buat masa ini hanya ahli keluarga terdekat yang dibenarkan melawat Datuk Seri.

“Sama-sama kita doakan Datuk Seri diberikan kesembuhan dan pulih seperti sedia kala,” tulis kenyataan itu lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. semuga Mat Sabu panjang umur walau SAKIT memandangkan keadaan genting PMX jadi Ketua Kerajaan untuk ke akhir penggal. banyakkan berdoa….

Comments are closed.