Penguatkuasa MPHS menyita barangan dan meletakkan pita kuning di sebuah kilang peleburan logam yang beroperasi tanpa lesen di Jalan Zurah 3A, Kawasan Perindustrian Zuhrah, Rasa di Hulu Selangor pada 14 Jun 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyita sebuah kilang kerana menjalankan aktiviti peleburan logam tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Menerusi Facebook MPHS memaklumkan, dalam operasi yang dijalankan pada 14 Jun lalu, 10 peguatkuasa yang menjalankan pemeriksaan pada hari tersebut mendapati, kilang yang beroperasi di Jalan Zurah 3A, Kawasan Perindustrian Zuhrah itu turut tidak memiliki lesen perniagaan yang sah.

Katanya, akitivti pemanasan mesin pelebur bahan logam juga sedang dijalankan dan beberapa acuan berisi cecair logam masih dalam keadaan panas.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati kilang tersebut telah melakukan kesalahan bawah Undang-undang Kecil (UUK) 3 Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPHS) 2007 iaitu tidak memiliki lesen perniagaan yang sah dan menjalankan operasi tanpa kebenaran daripada MPHS,” kata MPHS di laman sosial itu.

MPHS turut menyita beberapa peralatan termasuklah sebuah jentera angkat barang (forklift), kipas industri (1), silinder gas (6) ,troli (1) dan 50 botol cecair latex (50) untuk dibawa ke depoh tahanan untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette