Norsyahrin Hamidon

KUALA LUMPUR – Norsyahrin Hamidon telah menang tanpa bertanding jawatan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dalam Mesyuarat Agung Tahunan DPMM ke – 54 di Hotel Furama Bukit Bintang hari ini.

Untuk rekod, pencalonan  bagi jawatan Presiden DPMM melibatkan tiga calon iaitu Norsyahrin mewakili Putrajaya.  Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis) yang juga Ahli Parlimen Arau dan Datuk Mohd Zayad Ismail (Kedah).

DPMM dalam kenyataannya hari ini memberitahu sebelum bermulanya Mesyuarat Agung Tahunan DPMM pagi tadi, Shahidan telah menarik diri bersama-sama dengan Mohd Zayad seterusnya memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada Norsyahrin untuk menerajui kepimpinan DPMM bagi tempoh tiga tahun akan datang. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Shahidan tarik diri jadi calon Presiden DPMM