SHAH ALAM – Program Selangor Mega Job Fair 2023 yang bermula semalam selama dua hari berjaya mengekalkan kadar pengangguran di Selangor di bawah paras empat peratus.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Modal Insan, Mohd. Khairuddin Othman berkata, data Jabatan Perangkaan Malaysia telah menunjukkkan penurunan pada suku pertama tahun ini di negerin itu iaitu 2.6 peratus berbanding 2.9 peratus pada tahun 2022.

“Platform ini adalah sebagai peluang pekerjaan kepada para pelajar lepasan sekolah, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), universiti dan mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Program selama dua hari ini dijangkakan akan menerima seramai 15,000 pengunjung termasuk para pencari kerja dan Selangor Mega Job Fair ini menjadi program tetap dibawah Exco Generasi Muda, Sukan & Modal Insan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Selangor Mega Job Fair 2023 yang dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, di sini, hari ini.

Lsbih 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi program Selangor Mega Job Fair 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA.

Mengulas lanjut,, Mohd Khairuddin berkata, lebih 100 majikan terdiri syarikat swasta dan kerajaan selain unit beruniform dan berkanun menyertai program kali ini.

Menurutnya, pameran bermula jam 8 pagi hingga 5 petang itu turut menawarkan peluang kerjaya kepada golongan orang kurang upaya (OKU). – MalaysiaGazette