Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bergambar kenangan bersama sukarelawan pada Pesta Kita Team Selangor 2023 di MAEPS, Serdang. Foto MUHD NA’IM,18 JUN 2023.

SERDANG – Lebih 4,000 sukarelawan Team Selangor hadir ke program “Pesta Kita” yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), di sini malam ini.

Program itu diadakan bagi menghargai usaha dan bakti yang telah diberi selain merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri membangun dan memperkasa komuniti.

Terdahulu, sukarelawan Team Selangor disantuni Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang tiba -kira-kira jam 9 malam.

Hadir sama, barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Dalam ucapannya, Amirudin berkata, Team Selangor memainkan peranan penting ketika Selangor serta negeri-negeri lain dilanda banjir, dan pandemik Covid-19.

Beliau turut menyampaikan Anugerah Citra Team Selangor kepada sukarelawan Team Selangor yang aktif dan cemerlang di lapangan.

Pesta Kita dimeriahkan dengan kehadiran dan persembahan dari selebriti tempatan seperti Altimet, Ara Johari, Haniff Hamzah dan Wings.

Sejak penubuhan Team Selangor pada 2017, sebanyak 9,315 program telah diadakan mencatatkan penglibatan seramai 33,786 sukarelawan. – MalaysiaGazette