Sepanduk desak guru besar sebuah sekolah di Paloh Hinai dipindahkan oleh ibu bapa murid.

KUANTAN – Sekumpulan ibu bapa mengambil tindakan drastik memasang sepanduk di sebuah sekolah rendah di Paloh Hinai, Pekan menggesa guru besarnya ditukar daripada sekolah terbabit.

Dalam satu video tular di Facebooknya malam tadi, salah seorang ibu bapa pelajar yang dikenali sebagai Nur Farahin menjelaskan tindakan itu diambil selepas mengesyaki guru besar itu telah menyalahgunakan kuasanya.

Guru besar sekolah anaknya itu didakwa enggan memberi penjelasan terperinci kepada ibu bapa tentang penggunaan hampir RM30,000 duit Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Ketika dihubungi, katanya, tindakan mencurigakan itu telah disuarakan para ibu bapa dalam mesyuarat PIBG baru-baru ini namun ia tidak diendahkan guru besar terbabit.

MalaysiaGazette dalam usaha mendapatkan butiran lanjut daripada Pejabat Pendidikan Daerah Pekan berkaitan isu ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. ya salam,sebenarnya kena buat check up di semua sekolah baik tadika juga pasti banyak yang salah guna kuasa,lebih2 lagi anak murid itu member setempat dan sila periksa setiap sekolah sebelom keadaan menjadi terok.sekian terima kaseh.

Comments are closed.