KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin tidak dapat menahan sebak selepas mendengar ucapan Selamat Hari Bapa daripada anak-anaknya menerusi rakaman suara yang dimainkan di radio.

Kejadian itu tular di media sosial semasa bekas menteri kesihatan itu menjadi penyampai di sebuah radio terkemuka tempatan.

Aksi Khairy itu turut mengundak sebak tiga penyampai radio yang lain iaitu Farah Fauzana, Johan Rajalawak dan AG.

“We love you Papa, kita kan dah sambut Father’s Day semalam. We love you much Papa,” kata anak bekas Ahli Parlimen Rembau itu.

Kemudian seorang lagi anak KJ berkata, “Knock, knock… who’s there?” “Huppy… Huppy who? Happy Father’s Day, Papa… I love you,” kata anaknya.

Mendengar sahaja kiriman ucapan dua anaknya, KJ tidak dapat menahan air mata, sambil mengesatnya dan tersenyum.

KJ kini merupakan salah seorang penyampai bagi segmen segmen Bekpes Hot.

Khairy mendirikan rumah tangga dengan Nori Tun Abdullah pada 2001 dan dikurniakan tiga anak lelaki, Jibreil Ali, Timor Abdullah dan Raif Leo Eve. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast