TV AlHijrah turut juga membariskan beberapa program malar segar seperti Kapsul Ibadah Haji, Al-Haramain, Interaktif Haji, Ustaz Pilot dan Tangisan Baitullah.

KUALA LUMPUR – Stesen televisyen berkonsepkan Islamik, TV AlHijrah tampil dengan sembilan program baharu demi mengimarahkan sambutan Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, bertemakan Jemputan Haji, antara program menarik yang bakal dihidangkan kepada penonton adalah seperti Program Cinta Ilmu Aidiladha, Labbaikallah dan banyak lagi.

Program dirangka khas itu diharap dapat mencetuskan rasa syukur jemaah terpilih ke tanah suci dan rasa pengharapan kepada undangan Allah kepada mereka yang belum berkesempatan menjadi tetamu Allah.

“Kempen Haji tahun ini juga diimarahkan dengan program Siaran Langsung Majlis Tilawah al-Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan 2023. Sementara, Munajat Arafah pula akan mula pada 28 Jun depan.

“Program-program menarik lain yang turut disusun khas adalah seperti Hijrah Berselawat Istimewa Aidiladha, Gema Haflah Istimewa Aidiladha, Program Barakah, program Rehlah Ibrahim dan Seikhlas Hati.

“Dalam pada itu juga, TV AlHijrah turut juga membariskan beberapa program malar segar seperti Kapsul Ibadah Haji, Al-Haramain, Interaktif Haji, Ustaz Pilot, Tangisan Baitullah yang telah dimulakan siarannya sejak 22 Mei lalu,” ujarnya.

“Semoga program-program tersebut menjadi dorongani masyarakat yang beradab, berperikemanusiaan dan berkeadilan sebagaimana digariskan oleh matlamat mewujudkan Malaysia Madani,”ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast