Khairy Jamaludin.- foto NOOREEZA HASHIM, 30 MAC 2019.

KUALA LUMPUR – Parti Kerajaan Perpaduan berhadapan dengan ‘tsunami tidak puas hati’ ketika mengharungi cabaran pilihan raya di enam negeri.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan sewajarnya bimbang dengan tsunami tersebut berbanding ‘gelombang hijau’ Perikatan Nasional (PN).

Khairy mendakwa, sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih kuasa, hala tuju ekonomi kurang jelas, kemerosotan nilai ringgit berterusan dan pengurangan kuasa beli rakyat disebabkan oleh “krisis kos sara hidup” yang berlarutan.

“Apa yang berlaku di Malaysia hari ini bukanlah kebangkitan “Gelombang Hijau” berbanding rasa tidak puas hati dalam masyarakat Melayu yang melangkaui isu 3R (kaum, agama, raja),” katanya.

Bekas pemimpin UMNO yang dipecat daripada parti itu mendakwa, tsunami yang bakal dicetuskan oleh orang Melayu itu turut berpunca daripada sikap hipokrit yang ditunjukkan oleh Kerajaan Perpaduan.

“Kemarahan orang Melayu yang ketara ini dikuatkan dengan sikap hipokrit pentadbiran sekarang, yang bercakap untuk menghapuskan rasuah dan menegakkan tadbir urus yang baik tetapi membenarkan kepimpinan UMNO yang telah tercemar.

“Apa yang kita mungkin akan lihat pada pilihan raya negeri adalah tidak lebih daripada tsunami rasa tidak puas hati berbanding gelombang hijau,” tambahnya dalam tulisan yang diterbitkan di Fulcrum oleh Institut ISEAS-Yusof Ishak Singapura.

Selain itu Khairy mendakwa pandangan seperti yang dilontarkan veteran Tan Sri Lim Kit Siang bahawa pilihan raya negeri akan menjadi “pilihan yang penting” untuk rakyat Malaysia yang mungkin akhirnya akan menyebabkan lebih ramai orang Melayu menyokong PN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Dah kena pecat tu, cari je la parti lain yg elok sikit. Takyah usik lah anak cucu tok kaduk nak wala’ kat sapa pun.

Comments are closed.