KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penggiat seni tanah air, Rohana Jalil yang meninggal dunia semalam.

Seri Paduka Baginda menyifatkan pemergiaan Allahyarhamah merupakan kehilangan besar kepada dunia seni tanah air.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” titah baginda.

Rohana Jalil, anak seni berasal dari Kota Tinggi Johor mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas memenangi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1980.

Sepanjang empat dekad berkecimpung dalam bidang muzik, Allahyarhamah telah merakamkan lebih 20 album termasuk album kompilasi dan projek khas.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast