Seramai 22 GRO wanita asing antara 27 individu yang ditahan dalam serbuan D7 JSJ BUkit Aman ke atas dua premis hiburan tidak berlesen di Klang Sabtu lalu.Ihsan D7 BKT Aman

KUALA LUMPUR – Taktik dua pusat hiburan di Klang yang menyediakan pintu rahsia dan menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) wanita warga asing terbongkar dalam satu operasi polis baru-baru ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dalam status Facebook rasminya berkata kedua-dua pusat hiburan itu digempur pada Sabtu lalu oleh Bahagian Kongsi Gelap Judi dan Maksiat (D7) dan menahan seramai 22 GRO wanita asing.

“Malah dalam serbuan sama polis turut menahan lima orang individu yang berperanan sebagai penjaga premis hiburan itu.

“Siasatan pasukan D7 di lokasi juga mendapati kedua-dua premis itu tidak mempunyai lesen perniagaan dan beroperasi secara haram itu menawarkan khidmat GRO wanita asing khusus untuk pelanggan tetap sahaja,” kata JSJ dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, serbuan di kedua-dua premis hiburan haram itu dijalankan secara serentak bermula pukul 11 malam.

JSJ Bukit Aman berkata, kesemua tangkapan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

Kesemua mereka yang ditahan sedang disiasat dibawah seksyen 55B Akta Imigresen 1953/69, seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1953/69, seksyen 6(3) Akta Imigresen 1953/69, Per. 39b Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Tempat Hiburan 1995.

Seramai 22 GRO wanita asing antara 27 individu yang ditahan dalam serbuan D7 JSJ BUkit Aman ke atas dua premis hiburan tidak berlesen di Klang Sabtu lalu.Ihsan D7 BKT Aman

Sumber memberitahu, kesemua GRO yang ditahan itu terdiri daripada 18 wanita Vietnam berusia 27 hingga 50 tahun, dua wanita Kemboja berusia 27 dan 28 tahun, seorang wanita Thailand berusia 44 tahun dan satu wanita Filipina berusia 42 tahun.

“Hasil soal siasat mendapati pub berkenaan mulai aktif sejak awal Januari tahun ini dan untuk setiap bucket arak yang berjaya dijual kepada pelanggan dengan harga RM100, GRO akan menerima komisen RM30.

“Malah siasatan juga mendedahkan tips GRO bermula daripada RM50 ke RM200 bagi setiap pelanggan yang mendapat perkhidmatan layanan itu.

“Justeru siasatan D7 juga berjaya membongkar kewujudan aktiviti Tonto yang didapati mengawasi premis haram itu yang sentiasa memantau pergerakan pihak berkuasa di kawasan tersebut.

“Malah semasa serbuan dijalankan terdapat pelanggan yang mabuk dan tidak memberi kerjasama semasa pemeriksaan dibuat namun ianya berjaya ditenteramkan oleh pasukan polis,” kata sumber tersebut.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay telah mengesahkan tangkapan mereka selepas dihubungi hari ini. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ha, ha, ha, formula $30 komisyen bagi setiap $100 sebotol arak sebijik Dasar Ekonomi Apartheid DEB/NEP 30% ekonomi untuk majority Melayu istimewa supaya minority kaum pendatang bukan Melayu meraih 70% ekonomi muka tebal lurus bendul politikus Pak Pandir ooii!

  2. Jom bagi sokongan padu kepada Datuk Ayob dalam memerangi aktiviti pelacuran, kongsi gelap, perjudian, aktiviti along, pemerdagangan manusia, penerokaan haram tanah kerajaan dsb.

    Kepada Datuk Ayob, tahniah diatas perlantikan anda baru2 ini.

Comments are closed.