Keadaan motosikal yang dinaiki oleh kedua-dua mangsa mengalami kerosakkan akibat kemalangan di Batu 14, di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Dua remaja yang menunggang motosikal maut selepas terlibat dalam nahas di Batu 14 Jalan Gambang-Kuantan berhampiran bangunan Persatuan Penganut Ajaran Tao Kuan Ti, pagi tadi..

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang meninggal dunia adalah penunggang dan pembonceng motosikal, iaitu Azrul Hakimi Rashid dan Muhammad Rusdy Thaqif Reduan, masing-masing berusia 18 tahun.

Kedua-dua mangsa dari Inderapura disahkan meninggal dunia di lokasi nahas manakala penunggang motosikal yang dilanggar pula mengalami kecederaan parah.

Kejadian berlaku apabila kedua-dua motosikal dalam perjalanan dari arah Gambang menghala Kuantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian mangsa (yang maut) menunggang Honda dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang motosikal Yamaha 135 LC yang berada di hadapannya.

“Kemalangan ini kemungkinan disebabkan kecuaian penunggang motosikal Honda yang mengekori rapat sebelum hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang motosikal Yamaha,” katanya di sini.

Jenazah kedua-dua mangsa dan penunggang motosikal Yamaha dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Kes masih dalam siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hari hari ada kemalangan maut motosikal melibatkan budak budak bangsa melayu. Mereka ini umpama sengaja mencari MALAIKAT MAUT. Kenapa jarang berlaku kepada anak anak bangsa India dan Cina. Adakah ibu bapa orang melayu hanya pandai buat anak tetapi buta dlm memberi pelajaran kepada mereka. Profesor kangkung patut membuat kajian dan rumusan untuk mengatasi perkara ini.

Comments are closed.