Chow Kon Yeow (kiri) bersama Anthony Loke pada sidang media di Butterworth. - Gambar file

GEORGETOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menafikan dakwaan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke akan bertanding di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Sebaliknya, Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menyifatkan dakwaan itu sebagai khabar angin.

“Berita (Anthony Loke bertanding di Pulau Pinang) sedemikan hanya akan membuat orang ketawa apabila membaca dan sepatutnya media perlu menggunakan kebijaksanaan untuk menilai perkara terbabit.

“Apabila media mendengar khabar angin dia boleh menggunakan kebijaksanaannya untuk menilai sama ada khabar angin itu sedikit berasas atau tidak.

“Kalau langsung tidak berasas anggap ia sebagai khabar angin sahaja lah,” katanya pada sidang media di Komtar, di sini, hari ini.

Semalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan wujud dakwaan Anthony Loke akan bertanding di negeri ini pada PRN selain bakal menjadi calon Ketua Menteri baharu menggantikan Kon Yeow. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast