BEIJING – Beijing merekodkan bulan Jun paling panas dalam tempoh lebih 60 tahun dengan suhu mencecah 41.1C (105.9F).
Bandar ini mengalami gelombang haba yang berpanjangan dengan suhu melampau yang berterusan sehingga penghujung bulan ini.
Biro cuaca China berkata, bulan Jun tahun ini adalah paling panas sejak rekod disimpan pada tahun 1961.
Beberapa rekod haba bulanan telah dipecahkan di sekitar China tahun ini, mencetuskan kebimbangan mengenai masalah tenaga.
Bulan lalu, bandar terbesar di negara itu Shanghai, dengan 25 juta penduduk di pantai timur, mencatatkan hari Mei paling panas dalam satu abad.
Populasi Beijing berjumlah 21 juta orang.
Pada Khamis, stesen cuaca di utara bandar ini merekodkan suhu tertinggi 41.8C.
Pihak berkuasa sebelum ini mengeluarkan amaran jingga, amaran cuaca kedua paling teruk, mengatakan bahawa suhu boleh mencapai 39C dalam beberapa hari hingga Sabtu.
Biro cuaca juga mengeluarkan amaran strok haba minggu lalu – dua minggu lebih awal berbanding tahun-tahun sebelumnya. – Agensi















