Wisma Putra

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan ganas dan pembunuhan orang awam di Tebing Barat, berikutan peningkatan keganasan yang terkini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa pada prinsipnya Malaysia menggesa agar perbuatan tersebut dikekang dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk meredakan ketegangan.

“Malaysia amat bimbang dengan peningkatan insiden maut di Tebing Barat di mana berlaku kehilangan nyawa dan ramai lagi yang cedera.

“Pertempuran di Jenin pada 19 Jun 2023 yang secara langsungnya berpunca daripada serangan terbaharu tentera Israel terhadap rakyat Palestin di kawasan yang diduduki. Serbuan ini secara terang-terangan tidak menghiraukan dan tidak menghormati hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk menuntut Israel menghentikan segala tindakan provokatif, tindakan unilateral dan kekejaman yang berterusan terhadap orang awam yang tidak bersalah, demi kepentingan keamanan dan kestabilan.

“Malaysia berpegang teguh dengan pendirian bahawa rakyat Palestin berhak mendapat hak mereka untuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya,” menurut kenyataan Wisma Putra itu.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast