Keadaan pintu kereta Myvi yang dirempuh oleh mangsa sebelum maut dalam insiden kemalangan di Kuantan semalam.

KUANTAN – Gara-gara seorang pemandu Myvi keluar simpang secara melulu, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut kerana gagal mengelak dalam insiden di Jalan Tanjung Lumpur semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, penunggang Ducati Ducati Panigale V4 S itu merempuh bahagian pintu kereta itu sebelum tercampak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa, Khairul Azhan Mohd Naim, 31, maut di lokasi kejadian dalam nahas 9 malam itu beralamat di Pekan manakala pemandu Myvi berusia 27 tahun mengalami kecederaan di rusuk kanan.

Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal  dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan menghala ke Pekan.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengelak kereta dipandu pengurus restoran makanan segera  yang dipercayai keluar simpang secara mengejut,” katanya.

Pemeriksaan mendapati permukaan jalan rata dan kering selain tahap pencahayaan waktu malam yang baik di lokasi kejadian.

Wan Zahari berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. MyV asyik langgar org..balik2 accident mesti MyV..driver MyV kebanyakannya mesti perangai mcm musibat..mcm2 kes dah MyV ni ..patut diharamkan atas jalan

  2. Kesemua pemandu Myvi harus diberi kursus khas..kerana kebanyakan mereka memang memandu mengikut nafsu bukan mengikut peraturan dan undang undang lalu lintas yg diajar semasa mengambil lesen belajar memandu. ramai sekadar ada otak tapi tak berakal.

Comments are closed.