Tan Sri Razarudin Husain memulakan tugasnya sebagai Ketua Polis Negara ke -14 di Bukit Aman, Kuala Lumpur. Gambar Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Tan Sri Razarudin Husain@Abdul Rasid memulakan tugas sebagai Ketua Polis Negara (KPN hari ini.

Kenderaan ryang membawa beliau diberikan “Guard Turn Out” oleh Cawangan Kem Komandan, Bukit Aman sejurus tiba di pintu masuk utama Bukit Aman pada jam 8 pagi.

Ketibaanna disambut Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin bersama barisan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara di Lobi Menara 1.

Tan Sri Razarudin Husain semasa majlis bacaan doa sempena memulakan tugas rasminya sebagai KPN ke-14 di pejabat beliau di Bukit Aman, Kuala Lumpur. Ihsan PDRM

Beliau seterusnya menuju ke tingkat 31 dan menandatangani dokumen memulakan tugas diikuti majlis bacaan doa selamat di pejabat KPN yang dipimpin oleh Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Zakarim Abdullah@Zakaria.

Semalam, Razarudin menerima watikah pelantikan KPN ke-14 bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Razarudin Husain tiba di ibu pejabat polis Bukit Aman untuk memulakan tugasnya sebagai Ketua Polis Negara. Ihsan PDRM

Razarudin akan menerajui PDRM sehingga 23 Jun 2025.

Beliau dilantik sebagai Timbalan KPN pada Disember tahun lalu sebelum dilanjutkan kontrak selama dua tahun bermula 16 Mac 2023 lalu. – MalaysiaGazette